BM | EN | 中文

Kerajaan Johor digesa rangka penyelesaian komprehensif atasi masalah pengangguran – Adun Jementah

adun-jementah-tan-chen-choon-sidang-dun-johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 23 OGOS: Kerajaan Johor digesa segera merangka jalan penyelesaian yang komprehensif bagi mengatasi masalah kadar pengangguran dan penurunan pendapatan pekerja.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, kadar pengangguran di Johor meningkat pada tahun 2020, tetapi pendapatan pekerja telah menurun.

Susulan itu katanya, kerajaan negeri perlu merangka jalan penyelesaian yang komprehensif.

Advertisement

Katanya, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, angka penengah pendapatan (mean salary) di negeri Johor telah turun sebanyak 15 peratus di mana berada pada aras yang sama dengan pendapatan keseluruhan negara.

Pada masa yang sama katanya, secara perbandingan antara tahun 2020 dengan 2019, pendapatan penengah bagi pemegang ijazah sarjana muda (degree holder) menurun 9.1 peratus, pemegang diploma turun sebanyak 11.55 peratus pekerja mahir turun 8 peratus dan separuh mahir turun 2.7 peratus.

Selain itu menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, kadar pengangguran di Johor meningkat sebanyak 17.6 peratus pada 2019 dan peningkatan ini membimbangkan.

Advertisement

“Justeru, saya telah membangkitkan soalan tentang adakah kerajaan negeri sudah merangka jalan penyelesaian yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah kadar pengangguran yang meningkat dan penurunan angka penengah pendapatan (mean salary) yang meliputi hampir di semua pelbagai peringkat pekerjaan,” katanya semasa sesi soal jawab pada sidang Dewan Negeri hari ini.

Namun katanya, jawapan Exco Pelaburan, Pembanggunan Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia, Mohd Izhar Ahmad tidak tepat dan mengecewakan.

“Beliau hanya menjawab kerajaan negeri telah memberi inisiatif subsidi upah dan melancarkan karnival kerjaya, serta masih terdapat jawatan kosong di pelbagai bidang pekerjaan sehingga kini.

Advertisement

“Realitinya, walaupun terdapat jawatan kosong di tempat kerja, namun pengusaha-pengusaha akan mencuba untuk mengurangkan bilangan pekerja atau mengurangkan upah pekarja.

“Langkah-langkah ini diambil oleh para pengusaha bagi mengatasi kerugian pendapatan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan mengatasi ketidaktentuan pada masa kelak

“Oleh itu, subsidi upah bukan cara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah penurunan pendapatan pekerja, lebih-lebih lagi kesan sampingan yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 telah berlanjutan dari tahun 2020 hingga tahun 2021.

Advertisement

“Di samping itu, lockdown yang tidak tentu juga menimbulkan ketidaktentuan kepada pengusahan di negeri Johor,” kataya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top