BM | EN | 中文

Kerajaan Johor digesa agresif tangani masalah haiwan perosak

Khairuddin-A-Rahim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 13 OKT: Kerajaan Johor digesa agar menyegerakan tindakan bagi menangani haiwan perosak yang mengganggu kebun di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman.

Gesaan itu disuarakan oleh Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang mendakwa penduduk kampung masih lagi tidak mendapat perhatian dari pihak kerajaan berkenaan permasalahan mereka itu.

Ujarnya ketika dihubungi berkata, kerosakkan yang berlaku terhadap tanaman penduduk kampung telah membuatkan mereka kerugian disebabkan haiwan perosak berkenaan.

Advertisement

“Sudah berulang kali saya suarakan namun kerajaan masih diam membisu tidak mahu ambil pendekatan menyelesaikan permasalahan ini.

“Kalau di sebelah bandar, rungutan dan aduan orang ramai segera diutamakan seperti anjing liar atau kucing liar, mengapa di kawasan kampung dan pendalaman haiwan seperti monyet, musang, tupai dan babi ini seperti tidak diendahkan?

“Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang agresif kerana penduduk kampung yang bergantung kepada hasil kebun ini semakin hari semakin rugi akibat perkara ini terus berlaku,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang sebelum ini membawa suara penduduk kampung tersebut ke peringkat sidang Dun namun di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) perkara itu langsung tidak dibincangkan.

Tambahnya, selain kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika mesyuarat Majlis Tindakan Daerah telah dimaklumkan akan perkara tersebut namun tidak mendapat maklum balas yang baik.

“Saya telah membawa perkara ini ke pelbagai peringkat namun masih tidak ada sebarang tindakan. Bukan hanya di Batu Pahat, perkara ini turut terjadi di Segamat, Kota Tinggi dan daerah lain di negeri ini.

Advertisement

“Di mana kajian lapangan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam masalah ini? Saya menggesa agar permasalahan ini ditangani segera selepas rakyat di bawah ini semakin terdesak dengan tahap ekonomi yang merunsingkan.

“Kerajaan perlu lebih cakna berkenaan dengan pemasalahan rakyat. Bukan sedikit yang mengalami permasalahan ini ia membabitkan hampir 20 peratus penduduk di seluruh negeri yang menerima keadaan yang sama,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top