BM | EN | 中文

Kerajaan Johor dicadang perkenal baucar pelancongan dalam negeri – Adun

johor-pelancongan.png
Advertisement

SEGAMAT, 3 OKT: Kerajaan negeri Johor dicadang untuk memperkenalkan Baucer Pelancongan Dalam Negeri sebagai langkah untuk mengaktifkan semula, meningkatkan dan merangsang pasaran pelancongan dalam negeri.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan aliran tunai dalam negeri, malah ia merupakan usaha bagi membantu pemain-pemain industri pelancongan dalam negeri susulan pandemik Covid-19.

Katanya, pandemik Covid-19 melumpuhkan sektor pelancongan Johor dan industri berkaitan lain seperti industri penerbangan dan  perhotelan yang turut mengalami kerugian teruk.

Advertisement

“Sehingga kini, bantuan kerajaan negeri kepada industri pelancongan adalah terhad.

“Sebagai contoh, pemberian insentif RM 1,000 secara one-off kepada pemandu pelancong berlesen di Johor melibatkan kos RM936,000, pengecualian bayaran lesen perniagaan bagi 2020 kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel melibatkan jumlah RM894,211.

“(Selain itu) pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga bagi 2020 berjumlah anggaran RM 3 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Katanya, langkah memperkenalkan Baucer Pelancongan Dalam Negeri telah dilakukan negara lain seperti Singapura, China, dan negara-negara Eropah.

Ia kata Tan dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah pengangguran, industri pelancongan serta industri berkaitan.

Tambah beliau, anggaran jumlah peruntukan bagi industri pelancongan dalam pakej rangsangan ekonomi Ihsan Johor ialah RM 4 juta sahaja.

Advertisement

Justeru katanya para pemain industri pelancongan mengharapkan banyak insentif diberi oleh kerajaan negeri kerana perbelanjaan mereka mencecah ratusan billion ringgit setahun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top