BM | EN | 中文

Kerajaan Johor dicadang kerjasama dengan NGO, tingkat kempen pencegahan Covid-19

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 23 DIS: Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor, mencadangkan kerajaan negeri Johor bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pimpinan masyarakat untuk meningkatkan lagi keberkesanan pencegahan wabak Covid-19.

Beliau turut mencadangkan tema “Kini kita adalah frontliners” berdepan varian baru Covid-19 yang dikatakan lebih efisyen menularkan wabak tersebut.

Kata Dr Sulaiman, walaupun belum dibuktikan di dalam makmal, namun peningkatan langkah berjaga-jaga perlu dilakukan segera.

Advertisement

Dr Sulaiman Mohd Nor yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, peningkatan mendadak kes jangkitan baharu bakal menyukarkan pemulihan ekonomi yang memberi impak kepada rakyat di negeri ini.

“Tidak cukup hanya kerajaan mengeluarkan kenyataan bimbang tapi perlu arahan jelas serta pendidikan secara lebih agresif tentang bahaya Covid-19 yang sedang mengganas seluruh dunia.

“Arahan yang tidak konsisten dari kerajaan bakal mengelirukan orang ramai, termasuk penguatkuasa SOP.

Advertisement

“Rakyat tercari-cari di laman rasmi kerajaan, arahan dan SOP terkini untuk diikuti khusus apabila terdapat perubahan pada SOP PKPB, PKPP,” kata Dr Sulaiman lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top