BM | EN | 中文

Kerajaan Johor dicadang bentang laporan penerima vaksin

amanah-johor-sharon-teo.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MAC” Kerajaan Johor dicadang untuk membentangkan laporan penerima vaksin di negeri ini, kata Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Sharon Teo.

Beliau yang menyarankan perkara berkata, ia sebagai langkah telus kerajaan dan mengenaskini program pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini.

“Kita tidak mahu ada pihak yang sepatutnya menerima vaksin dinafikan hak mereka, misalnya petugas barisan hadapan di negeri ini.

Advertisement

“Laporan ini penting bagi memastikan pembekalan kepada penerima vaksin ini benar-benar telus dan tidak dijadikan sebagai perkakas mengutamakan golongan tertentu.

“Terdapat suara orang ramai yang mulai mengeluh dengan cara pemberian vaksin, khususnya kepada pasukan barisan hadapan di negeri ini dan perkara ini perlu ditangani dengan segera,” ujarnya ketika dihubungi.

Sharon berkata, beliau memperolehi maklumat dari beberapa pihak bahawa terdapat pihak tertentu ‘memotong barisan; ketika bukan giliran mereka.

Advertisement

Langkah tersebut ujarnya lagi, dilihat sebagai diskriminasi, mementingkan pihak tertentu selain menafikan hak mereka yang sepatutnya memperolehi vaksin berkenaan.

“Kakitangan kerajaan Johor juga adalah barisan hadapan di negeri. Jangan ada yang memotong barisan sehingga menafikan hak mereka yang sepatutnya.

“Itulah pentingnya pembentangan laporan, kepada siapa dan kenapa mereka mendapat vaksin awal. Kerajaan perlu memandang serius perkara ini.

Advertisement

“Ini tidak mustahil berlaku, kerana ada di antara rakyat yang sepatutnya menerima vaksin lebih awal dinafikan hak,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top