BM | EN | 中文

Kerajaan Johor dan pusat perlu selamatkan kontraktor kecil bumiputera – Adun Senggarang

Khairuddin-Abdul-Rahim-Adun-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 21 JAN: Kerajaan Johor didesak untuk menyelamatkan kontraktor kecil bumiputera di negeri ini dan mengambil tindakan segera sebagai agenda utamanya, kata Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim.

Beliau merujuk laporan berkenaan kerja penyelenggaraan jalan-jalan MARRIS yang telah dikonsesikan kepada sebuah syarikat Safwa Global Sdn Bhd.

Menyentuh perkara tersebut, kata Khairuddin, langkah memberikan konsesi atau kuasa penuh kepada syarikat yang dinyatakan itu sebagai pembaziran kepada hasil negeri.

Advertisement

“Mengapa kerajaan terpaksa membazirkan peruntukan yang lebih kepada syarikat-syarikat konsesi sedangkan kerajaan mempunyai jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya yang mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja tersebut?

“Penyelewengan akan berlaku dalam pengagihan kerja bila mana ia diserahkan kepada pihak swasta dan sudah tentu yang menjadi mangsa adalah kontraktor kecil Melayu yang terkesan dengan sistem tersebut.

“Suasana tersebut boleh menimbulkan tanggapan bahawa syarikat-syarikat konsesi yang ada merupakan syarikat yang membuat untung atas angin. Ia akan bertindak sebagai orang tengah dan syarikat-syarikat konsesi mendapat pesanan kerja daripada pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Selain itu kata Khairuddin, beliau menerima laporan kelewatan bayaran kepada kontraktor kecil yang berlaku melalui sistem tersebut.

Tambah beliau lagi, usaha mengubah atau mereformasikan sistem ini perlu diusahakan bagi memberikan keadilan kepada semua pihak yang layak dalam menjalankan kerja-kerja berkenaan.

“Mereka (syarikat konsesi) akan mengagih-agihkan kerja berkenaan kepada kontraktor yang berkemampuan dengan kadar harga yang lebih rendah serta kontraktor kecil tersebut akan dibayar selepas syarikat konsesi menerima bayaran dari kerajaan.

Advertisement

“Dakwaan syarikat konsesi untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil adalah hanya penyedap telinga sahaja, hakikatnya hanya omong kosong.

“Saya mendesak kerajaan pusat melalui Menteri Kewangan dan kerajaan Johor melakukan reformasi ke arah yang lebih baik,” tegasnya lagi.

Khairuddin sebelum ini telah menyuarakan keluhan kontraktor kecil yang semakin terhimpit dengan sistem diamalkan oleh kerajaan hari ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top