BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR BERJAYA BERBELANJA SECARA BERHEMAT MESKIPUN BERDEPAN KELEMBAPAN EKONOMI

gmbr-fail-mb-johor-sahruddin-jamal-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Walaupun kerajaan ketika ini masih mendepani ketidaktentuan dan kelembapan ekonomi dunia, kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) berjaya berbelanja secara berhemat di atas kawalan dan tindakan pengurusan kewangan yang cekap.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pencapaian ini didokong oleh pengurusan hasil yang cekap serta efisien dalam meningkatkan hasil terutamanya daripada pentadbiran tanah.

“Sehingga 18 November lepas, kerajaan negeri telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1,588.29 juta atau 102.29 peratus berbanding sasaran anggaran sebanyak RM1,552.77 juta pada tahun ini.

Advertisement

“Daripada langkah penjimatan dan prestasi kutipan hasil ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan PH telah mengambil langkah-langkah dalam memastikan pengurusan kewangan kerajaan yang lebih baik dan efisyen.

“Projek infrastruktur dengan kesan pengganda yang tinggi kepada ekonomi dan program berteraskan rakyat terus diberi keutamaan, merangkumi pelbagai program dan projek yang bertujuan meningkatkan pelaburan modal, kapasiti produktif dan meningkatkan taraf hidup,” katanya di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dr Sahruddin (PH-Bukit Kepong) menjawab soalan Mohd Izhar Ahmad (PH-Larkin) yang bertanya selama tempoh pemerintahan kerajaan PH, berapakah jumlah perbelanjaan tetap negeri jika dibandingkan dengan kos pemerintahan kerajaan sebelum ini.

Advertisement

Beliau berkata, setelah peralihan kerajaan, kerajaan PH telah mengambil langkah meningkatkan ketelusan dalam laporan perbelanjaan kerajaan terutama melaksanakan perbelanjaan berhemat supaya dapat mengelakkan ketirisan dan pembaziran.

Katanya, selain itu, kerajaan negeri telah mengkaji semula dasar perbelanjaan infrastruktur awam khususnya untuk menangani pelaksanaan serentak beberapa projek yang berkos tinggi secara relatif.

“Justeru, bagi memastikan kemampuan dan kecekapan perbelanjaan, kerajaan negeri telah menangguhkan pelaksanaan beberapa projek serta menyemak semula skop dan daya maju projek dan merunding semula nilai kontrak.

Advertisement

“Malah keutamaan program dan projek juga disusun semula oleh kerajaan berdasarkan keperluan dan kepentingan. Selain itu, kerajaan negeri juga telah melaksanakan rasionalisasi jabatan dan agensi bagi memperkemas fungsi dan peranan serta menambahbaik prosedur perolehan kerajaan dengan memperkenalkan rangka kerja perundangan berkaitan untuk mengelakkan pembaziran dan ketirisan.

“Ini kerana, kerajaan mahu memastikan pihak yang mendapat tender berkenaan mempunyai kelayakan dan mampu menyiapkan projek yang diberikan dengan sebaik mungkin,”katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top