BM | EN | 中文

KERAJAAN JOHOR BANTU TANGANI MASALAH PSIKOLOGI 

gmbr-fail-khuzzan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 29 NOV: Kerajaan Johor memberi keutamaan kepada kesihatan psikologi sebagai salah satu isu yang harus ditangani dengan baik melalui Pelan Strategik Kesihatan Mental.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, pelan itu bagi memastikan individu, keluarga dan masyarakat, selain mampu berdaya tindak terhadap tekanan kehidupan dan bekerja dengan produktif.

“Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, prevalen masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia yang berumur melebihi 16 tahun adalah 29.2 peratus.

Advertisement

“Prevalen negeri Johor pula, menunjukkan 22.2 peratus dari penduduknya mempunyai masalah kesihatan mental.

“Secara keseluruhan, kajian ini mendapati mereka yang berisiko adalah golongan wanita yang muda dan dari keluarga yang berpendapatan rendah.

“Isu kesihatan mental ini, jika tidak ditangani dengan baik boleh berakhir dengan penyakit mental,” katanya.

Advertisement

Mohd Khuzzan berkata demikian ketika sesi penggulungan portfolio beliau pada perbahasan Belanjawan Johor 2020 di Dewan Undangan Negeri Johor, Kota Iskandar, di sini semalam.

Justeru itu katanya, kerajaan Johor melancarkan Pelan Strategik Kesihatan Mental bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah psikososial.

Pelan itu merangkumi perkhidmatan rawatan, pemulihan dan rehabilitasi bagi pesakit mental kronik dan sesuai bagi penjagaan yang diperlukan agar dapat mengurangkan morbiditi, mortaliti dan kecacatan.

Advertisement

Ia bertujuan mewujudkan persekitaran keluarga, masyarakat dan negeri yang melindungi pesakit mental kronik.

Beliau yang juga Adun Semerah berkata, antara aktiviti perkhidmatan kesihatan mental negeri Johor adalah saringan kesihatan mental bagi pengesanan awal gejala kesihatan mental.

“Saringan DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) salah satu ujian pengukuran tahap kesihatan mental dan dilaksanakan di semua Klinik Kesihatan dan program-program outreach kesihatan.

Advertisement

“Ia diterapkan juga di dalam program KOSPEN di mana sukarelawan KOSPEN  dilatih untuk membuat saringan DASS di komuniti mereka dan seterusnya merujuk kes ke Klinik Kesihatan berdekatan,” kata Khuzzan.

Manakala, aktiviti promosi dijalankan dengan kolaborasi pelbagai agensi dan badan sukarela bagi meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan mental.

“Kakitangan kesihatan juga dilatih dengan kemahiran PFA (Psycosocial First Aid) bertujuan menangani masalah psychosocial di kalangan mereka yang terbabit dengan bencana.

Advertisement

“Setiap Klinik Kesihatan telah mempunyai pasukan PFA masing-masing,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top