BM | EN | 中文

Kerajaan harus wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan – Liew Chin Tong

Belanjawan-2021-.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kerajaan seharusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat, kata senator Liew Chin Tong dalam reaksinya kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini.

Pengerusi DAP Johor itu berkata, kerajaan nampaknya terlalu berhati-hati dan berusaha menyatukan fiskal dengan segera meskipun keadaan ekonomi masih memerlukan sokongan.

“Seolah-olah bagi mereka, keadaan masih seperti biasa. Saya mengharapkan agar kerajaan lebih berani mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” kata Chin Tong dalam ciapannya di laman twitter.

Advertisement

Sementara itu, beberapa peruntukan yang diumumkan kerajaan dipersoalkan, antaranya kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang berjumlah RM85 juta.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi dengan nada menyindir dalam ciapannya berharap, badan itu dapat mewujudkan peluang kerja seiring revolusi 4.0 (IR4.0).

“Sebenarnya saya ingin mengucapkan tahniah @saifuddinabd (Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi) kerana mencipta pekerjaan dengan gaji tinggi di bawah JASA berbanding pekerjaan lama di bawah BN.

Advertisement

“Saya berharap pekerjaan ini berteknologi tinggi dengan IR4.0 kerana jumlah peruntukan untuk perkhidmatan dan penawaran cukup tinggi,” kata Shu Qi.

Dalam pada itu beliau turut menjangkakan pilihan raya akan diadakan “dalam masa terdekat” berikutan peruntukan yang besar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Belanjawan 2021 untuk SPR adalah RM200 juta, menunjukkan pilihan raya mungkin diadakan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top