JOHOR BAHRU, 26 OKT: Kerajaan perlu mengkaji semula keaedah permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan menaiktaraf sistem dan menyenaraikan nama bank penerima serta empat angka terakhir dari akaun bank pada halaman pemeriksaan rasmi.
Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata, semenjak pembukaan bantuan bagi fasa kedua, pihaknya menerima banyak pertanyaan dari ramai yang mendapatkan bantuan bagi permohonan itu.
“Pusat Komuniti Skudai telah menerima pertanyaan dan permohonan daripada beratus-ratus orang.
“Kami mendapati bahawa beberapa penerima yang seharusnya tergolong dalam kumpulan keluarga terkumpul dalam kumpulan tunggal. Akibatnya, jumlah bantuan yang diterima telah berkurangan.
“Situasi ini kerap berlaku. Masalah sebegini juga didapati ketika pembayaran wang fasa pertama dilakukan. Walaubagaimanapun, rayuan tidak dapat dibuat melalui laman web rasmi.
“Oleh itu, saya menyeru kerajaan mempermudah mekanisme rayuan agar kumpulan ini juga dapat mengemaskini maklumat mereka melalui laman web rasmi.
“Bukannya menyerahkan permohonan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara langsung, terutamanya ketika wabak sedang menular,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu beliau memberitahu, masih ramai di kalangan individu di dalam masyarakat yang tidak tahu atau tidak dapat menggunakan komputer.
“Kumpulan ini kebanyakannya merupakan individu yang berusia atau berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
“Oleh itu, saya meminta kerajaan merujuk kaedah pembayaran wang yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi Bantuan Sara Hidup (BSH), pada masa yang sama meningkatkan sistem laman web rasmi yang disediakan dengan menyenaraikan nama bank penerima dan menyatakan empat angka terakhir bagi akaun bank mereka.
“Ini akan memudahkan para penerima untuk memeriksa maklumat bank melalui Internet atau membolehkan individu untuk membantu kumpulan yang lemah bagi mendapatkan bantuan.
“Apabila kerajaan menjalankan dasar yang inovatif dan mudah, pihak kerajaan mesti mempertimbangkan keperluan golongan ini untuk memastikan bahawa bantuan dapat benar-benar diserahkan kepada kumpulan yang memerlukan.
“Ini menyebabkan mereka wajib menghadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional (BSN) ) untuk menerima wang tunai,” katanya lagi.
Johorkini