BM | EN | 中文

Kerajaan harus tangani isu kemanusiaan dengan berhemah

rohingya-tldm.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

BATU PAHAT, 28 APR: Kerajaan perlu mendepani isu kemanusiaan dengan cara lebih berhemah apabila baru-baru ini berbangkitnya isu berkenaan pelarian Rohingya.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, ini kerana kerajaan masih tidak meletakkan garis panduan dan kaedah yang jelas bagi menangani isu etnik dari Myanmar itu.

“Sebelum ini pemimpin yang melaungkan soal kemanusiaan etnik Rohingya seperti lari dari perjuangan kerana takut rakyat akan menghukum mereka akibat dari tindakan mereka sebelum ini yang mengadakan himpunan ‘selamatkan Rohingya’.

Advertisement

“Selepas gerakan (itu) mengambilalih tampuk pemerintahan, (dan) pemimpin yang melaungkan perkara tersebut sudah menjadi menteri, namun tidak ada tindakan yang mampan untuk mendepani perkara ini.

Khairuddin A Rahim

“Kerajaan harus meletakkan garis panduan agar rakyat maklum berkenaan perkara tersebut serta tidak ada soal berbangkit di kemudian hari,” katanya.

Beliau turut memberi pandangan bagi mendepani konflik kemanusiaan khususnya etnik Rohingya ini, antara lain berhubung had kemampuan penerimaan pelarian ke negara ini.

Advertisement

“Kita tidak mahu sehingga wujudnya ‘perkampungan Rohingya’ seperti di Kulai, Johor sehingga mereka sewenang-wenangnya melakukan aktiviti yang jelas lari dari budaya rakyat negara ini.

“Selain itu, penetapan atau penerangan berkenaan budaya serta sosial masyarakat di negara ini kepada mereka yang ingin tinggal sementara perlu diperjelaskan.

“Tidak ketinggalan juga pemantauan terhadap aktiviti tidak sihat, pendidikan, ekonomi serta kesihatan golongan ini juga perlu diwujudkan bagi memudahkan tindakan kerajaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Advertisement

“Kerajaan perlu sedar rakyat mulai khuatir dengan keadaan yang kurang menyenangkan ini apabila terdapat persepsi yang timbul di mana (pelarian) Rohingya yang menetap di negara ini mulai tidak disenangi oleh masyarakat,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau akan membawa perkara ini ke sidang Dewan Negeri (Dun) Johor untuk mempersoalkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Johor berkenaan perkampungan Rohingya yang ada di Kulai, Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top