BM | EN | 中文

Kerajaan gagal: Kenyataan Umno ibarat “meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri”

pimpinan-umno.png
Advertisement

PONTIAN, 8 JUL: Kenyataan Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi awal pagi tadi menyenaraikan kegagalan kerajaan menangani masalah Covid-19 di negara ini dilihat sebagai tindakan lepas tangan.

Malah Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, kenyataan Zahid itu ibatrat “meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri”.

Beliau berkata, Zahid mungkin lupa menteri yang bertanggungjawab dalam menangani isu Covid ini rata-ratanya dari kalangan pemimpin Umno.

Advertisement

“Sebagai contoh Menteri Kesihatan adalah dari Umno, Menteri Kanan Keselamatan juga Umno.

“Mengapa Umno hanya menuding jari ke arah Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin sahaja?

“Kita tahu kerajaan ini gagal tetapi bukan hanya Tan Sri Muhyiddin Yassin sahaja, tetapi turut disertai oleh Umno dan mereka sudah semestinya terbabit sama.

Advertisement

“Kenyataan Presiden Umno itu seolah-olah mereka tidak bersalah dan terbabit dalam pentadbiran negara ketika pandemik Covid-19, sedangkan mereka juga harus bertanggungjawab,” katanya.

Taqiuddin yang merupakan Adun Pulai Sebatang berkata, Umno juga perlu dipersalahkan dalam kelemahan dan kegagalan yang berlaku dan kini bukan masa untuk mahu menonjolkan diri mereka sebagai wira untuk mempertahankan rakyat dan negara.

“Ini cara nak tunjuk yang mereka wira tidak lebih dari itu. Kalau nak lantik Perdana Menteri sementara pun mesti mereka mahu ianya dari kalangan mereka.

Advertisement

“Bukan itu caranya mahu melepaskan diri. Seharusnya Umno memohon maaf kepada rakyat kerana kegagalan pemimpin mereka yang bersama kerajaan PN selama ini.

“Jelas sekali Zahid dan Umno hanya ingin mengelakkan diri dari dituduh sebagai perosak kepada negara hari ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top