BM | EN | 中文

Kerajaan gagal kawal emosi rakyat

Mahadzir-Mat-Zili.jpg

Mahadzir Mat Zili

Advertisement

BATU PAHAT, 24 JUN: Kerajaan hari ini boleh ditafsirkan gagal mengawal emosi rakyat di negara ini yang semakin terhimpit dengan masalah ekonomi, kesihatan dan sosial.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata, kenaikan kes bunuh diri di kalangan rakyat amat membimbangkan.

Beliau berkata, tempoh PKP 3.0 yang panjang memberikan kesan tidak baik kepada rakyat malah tekanan kepada mereka.

Advertisement

“Kerajaan juga dilihat gagal menjalankan aktiviti bagi mengawal emosi rakyat sehingga ada di antara mereka yang sanggup melakukan perkara di luar dugaan.

“Contoh yang jelas adalah kes bunuh diri di kalangan rakyat yang semakin meningkat. Perkara ini benar-benar serius dan ini memerlukan perhatian khusus.

“Kerajaan melalui kementerian perlu berbincang bagi usaha menyelesaikan masalah yang berlaku dan bukan hanya membiarkan ia dari terus berlaku,” katanya lagi.

Advertisement

Pada masa yang sama beliau turut mencadangkan agar ruang dibuka kepada pakar berkaitan kesihatan mental dan emosi untuk memberi pandangan kepada kerajaan.

Katanya, hal tersebut perlu diatasi dengan kaedah seperti kaunseling atas talian kepada mereka yang tertekan dengan keadaan hari ini.

“Buka peluang dan ambil pandangan pakar untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan ia terus berlaku tanpa ada sebarang susulan.

Advertisement

“Ini masalah sosial yang melibatkan nyawa manusia. Jika ada di antara rakyat yang sampai sanggup meragut nyawa mereka sendiri, itu sudah tahap kritikal.

“Penerapan kerohanian dan jasmani perlu juga diadakan bagi meredakan keadaan agar kawalan emosi rakyat dapat dilakukan,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top