BM | EN | 中文

Kerajaan gagal bukan hanya ‘hashtag’, tapi memang terbukti

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 28 APR: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mentadbir negara ini.

Ujarnya, angka kes baharu Covid 19 yang terus meningkat memberi gambaran membimbangkan walaupun program vaksinasi telah dilakukan.

“Ini adalah faktor kerajaan hari ini dilihat gagal oleh rakyat sehingga kempen seperti ‘hashtag’ #KerajaanGagal tular di media sosial.

Advertisement

“Bukan sahaja golongan politik tetapi rakyat teramai juga turut berkongsi tanda pagar yang sama mengkritik kerajaan.

“Antara lain sikap ‘double standard’ kerajaan turut memberi kesan kepada kegagalan kerajaan hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Pulai Sebatang turut menyifatkan penggantungan sementara kuasa legislatif sebagai kegagalan kerajaan.

Advertisement

Tambahnya lagi, alasan untuk kerajaan menguatkuasakan Darurat bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid 19 turut gagal.

“Ternyata gagal apabila angka Covid semakin meningkat. Proklamasi Darurat hari ini hanya untuk menyelamatkan kuasa Perikatan Nasional (PN).

“Pelbagai dasar yang perlu dibawa tidak dapat dilakukan apabila kuasa legislatif digantung. Jadi dapat kita lihat kepincangan yang besar berlaku dalam keputusan kerajaan.

Advertisement

“Saya yakin rakyat akan terus membawa suara ‘kerajaan gagal’ selepas keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan terus dipertikai kerana kepincangan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top