BM | EN | 中文

Kerajaan diseru laksana Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu

Tan-Chen-Choon-bantuan-JKM-Had-Pendapatan-Garis-Kemiskinan-PGK.jpg

Tan Chen Choon membantu penduduk menyerah borang permohonan bantuan JKM serta dokumen sokongan

Advertisement

SEGAMAT, 23 APR: Kerajaan diseru melaksanakan Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu dalam masa terdekat, dinaikkan kepada RM 2,208 dalam mengukur garis kemiskinan rakyat negara kita supaya lebih bersasar.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata syarat asas permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) iaitu penanda aras kemiskinan pada RM 980 seharusnya ditingkatkan kepada RM 2208.

“Secara tidak langsung, bantuan JKM dapat dimanfaatkan lebih ramai keluarga yang berpendapatan rendah atau keluarga sasaran.

Advertisement

“Seruan ini dikeluarkan selepas saya tampil ke Pejabat JKM Daerah Segamat bagi penyerahan borang dan dokumen sokongan permohonan bantuan JKM oleh penduduk Jementah,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Difahamkan, pada Julai 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSH) mengumumkan bahawa Malaysia menyemak semula had PGK kepada RM 2,208 berbanding RM 980 yang digunapakai sejak 2005.

Semakan had PGK baharu itu adalah berdasarkan keperluan semasa yang menekankan kepada pengambilan makanan optimum dan keperluan asas bukan makanan yang lebih berkualiti.

Advertisement

“Tetapi, penanda aras kemiskinan JKM (kategori miskin) kini masih kekal di bawah RM 980 sebulan bagi pendapatan bulanan setiap isi rumah atau pendapatan perkapita di bawah RM 240 sebulan.

“Fakta ini menunjukkan JKM masih menggunakan PGK yang dikira berdasarkan metodologi pada 2005 yang menjadikan penanda aras kemiskinan RM980 berdasarkan keperluan asas isi rumah hidup sihat dan aktif walaupun had PGK telah disemak semula kepada RM 2208 sejak Julai 2020,” kata Tan lagi.

Menurut statistik Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin adalah sekitar 400,000 jika menggunkan had PGK lama (PGK 2005) dan kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang 2.2 billion kepada JKM.

Advertisement

Tan memetik pandangan Ketua Pengarah JKM, Zulkifli Ismail bahawa pengenalan had PGK baharu ini menjadikan jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin mencapai 1.5 juta dan dana yang diperlukan oleh JKM adalah sebanyak 5.5 bilion.

“Justeru, sekiranya pengenalan had PGK baharu ini dilaksanakan secepat mungkin dan dijadikan sebagai panduan dalam apa jua polisi kerajaan, ia secara efektif dan lebih berkesan membantu kerajaan merumuskan dasar pengagihan semula sumber nasional serta memperuntukkan sumber tersebut kepada kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Secara tidak langsung, ini akan menggambarkan situasi sebenar dan realistik kemiskinan rakyat di negara kita.

Advertisement

“Saya menyeru kerajaan agar mempercepatkan pelaksanakan PGK baharu ini dan meminda syarat asas permohonan bantuan JKM terutamanya pada maklumat pendapatan bulanan isi rumah pemohon, supaya lebih ramai isi rumah mendapat bantuan JKM,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top