BM | EN | 中文

Kerajaan disaran henti beri arahan berubah-ubah

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 1 JUN: Arahan yang berubah-ubah melibatkan pelbagai sektor menyukarkan urusan orang ramai berdepan sekatan pergerakan (total lockdown) yang mula dikuatkuasakan hari ini.

Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi menasihatkan agar kerajaan menghentikan budaya tersebut.

Ujarnya, ia bukan sahaja menyukarkan sektor untuk beroperasi tetapi ia lebih menyukarkan rata-rata rakyat merancang urusan.

Advertisement

“Buat kesekian kalinya, berlaku lagi isu keputusan tidak konsisten dalam urusan permohonan mendapatkan surat pelepasan bertugas bagi mereka yang bertugas sewaktu ‘total lockdown’ ini.

“Apa yang pasti terdapat arahan yang berubah-ubah dalam memberikan kelulusan. Perkara seumpama ini kerap terjadi sepanjang PKP sejak Mac 2020.

“Kita mahu kerajaan menghentikan budaya ini kerana ia menyusahkan dan membebankan ramai pihak untuk mendapatkan kelulusan dari pihak atasan,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut menyarankan agar kerajaan menilai semula serta menyemak kelemahan yang berlaku ini bagi melancarkan proses sesuatu perkara.

“Sebelum ini kita boleh lihat dari soal pendidikan juga mendapati terdapatnya budaya arahan yang berubah-ubah disaat-saat akhir sehingga membebankan para ibu bapa dan para pelajar sendiri.

“SOP dari MKN tidak diumumkan sehingga saat akhir menyusahkan peniaga yang merancang urusan.

Advertisement

“Perlu diingat sebarang keputusan dibuat para peniaga melibatkan nasib dan periuk nasi pekerja mereka yang bukan sedikit bilangannya.

“Saya sarankan kerajaan untuk membaiki keadaan ini sebelum ia lebih membebankan.” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top