BM | EN | 中文

KERAJAAN DISARAN FOKUS KEHIDUPAN LIAR

serudin-1-e1574758269479.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 NOV : Kerajaan negeri disaran untuk memfokuskan berkenaan habitat kehidupan liar di Johor agar perkara yang berlaku seperti kepupusan badak sumbu sumatera di Sabah tidak terjadi di negeri ini.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Amanah negeri, Serudin Soud, kerajaan perlu menguatkuasakan pemantauan terhadap hidupan liar yang berada di hutan negeri ini.

Beliau turut menyatakan bahawa peri pentingnya hidupan liar untuk diperlihara sebagai tatapan generasi akan datang.

Advertisement

“Pembangunan yang berlaku di negeri ini perlu dipantau dan ia berkenaan dengan hidupan liar di negeri ini agar habitat tersebut tidak terhapus.

“Kerajaan juga perlu fokus berkenaan hidupan yang dalam rekod hampir pupus untuk diadakan tindakan menyelamatkan habitat tersebut.

“Dalam pada masa yang sama, hidupan liar berkenaan perlu dibiakkan bagi mengelakkan kepupusan habitat berkenaan,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan program-program berkenaan dengan penjagaan hidupan liar ini perlu juga dipergiatkan.

Katanya lagi, program berbentuk pendidikan berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar perlu diperhebat.

“Program seperti kempen-kempen berkenaan dengan pemuliharaan hidupan liar ini perlu diperbanyak bagi membantu menjaga habitat tersebut dari kepupusan.

Advertisement

“Selain itu, pembangunan yang berlaku di tempat-tempat baharu yang berkaitan dengan lingkaran hidup habitat tersebut perlu dititik beratkan agar ia tidak mengganggu kehidupan mereka.

“Bukan sahaja hidupan seperti haiwan malah tumbuh-tumbuhan yang terpencil seperti Tongkat Ali dan pelbagai tumbuhan lain juga perlu dipelihara serta diselamatkan dari kepupusan.

“Kerajaan juga perlu membanteras secara bersungguh berkenaan dengan pemburu haram yang wujud di negeri ini serta bergabung dengan pelbagai agensi dan jabatan di bahagian berkenaan,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top