KLUANG, 6 NOV: Kerajaan disaran untuk memberikan dos ketiga kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor memandangkan ahli-ahli parlimen dan Adun negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Selangor telah diberikan dos ketiga.
Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mula memberi dan menggalakkan warga emas mengambil dos ketiga vaksin COVID-19 dalam tiga atau enam bulan selepas tamat dos kedua.
Langkah itu katanya agar dapat meningkatkan tahap imunisasi terhadap virus COVID-19.
“Permohonan Adun parti pembangkang Johor masih belum dilayan oleh kerajaan, tetapi kini sudah lapan bulan sejak dos pertama dan kedua diterima oleh Adun-Adin Johor, ”kata Chew dalam datu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, semua Adun Johor telah diberikan dos pertama dan kedua pada 3 dan 22 March 2021 dan kini telah melebihi had masa untuk diberikan dos penggalak bagi penerima vaksin PFizer yang disyorkan oleh KKM.
“Ini menunjukkan bahawa pengaturan kerajaan negeri Johor adalah tidak profesional sedangkan ramai Adun mempunyai tanggungjawab dan kerap berjumpa rakyat dan mungkin terdedah kepada risiko,” katanya lagi.
Johorkini