BM | EN | 中文

KERAJAAN DIMINTA TAMBAH WAD DAN KATIL DI HOSPITAL KLUANG

wong-shu-qi-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG 6 DIS: Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mahu kerajaan meningkatkan kapasiti katil dan wad di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (Hospital Kluang) di sini bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan awam kepada penduduk masyarakat setempat.

Menurutnya, sejak berpindah ke tapak baharu pada 2011, hospital tersebut telah beroperasi dengan baik namun permintaan terhadap wad dan katil semakin meningkat dan kapasiti katil sedia ada tidak mencukupi.

“Dahulu, hospital tersebut mempunyai 244 buah katil, kini di tapak baru, hanya ditambah 24 katil menjadikan keseluruhan 268 katil. 24 katil baharu itu adalah untuk kegunaan unit rawatan rapi (ICU).

Advertisement

“Memandangkan permintaan katil dan wad semakin tinggi, , saya berharap Kementerian Kesihatan akan meluluskan projek menaiktaraf serta menambah 38 buah katil di tingkat 10 Hospital Kluang serta merta,” katanya.

Shu Qi berkata demikian ketika berucap di Dewan Negara, baru-baru ini.

Tambahnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk melengkapkan Hospital Kluang dengan sistem dan teknologi yang diperlukan untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Advertisement

“Hospital ini dibina dengan struktur yang menyokong penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) namun ia tidak dilengkapkan kerana bajet yang tidak mencukupi.

“Sekarang masanya melengkapkan yang tidak lengkap. Saya minta sekiranya boleh agar kementerian meluluskan projek pemasangan peralatan bagi rangkaian jabatan teknologi maklumat untuk mewujudkan ‘Total Hospital Information System’ (THIS) di hospital ini,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedia maklum keperluan menaik taraf dan menambah bilangan katil di Hospital Kluang.

Advertisement

“Permohonan menaiktaraf dan menambah sebanyak 38 katil di tingkat 10 bangunan sedia ada dengan kos berjumlah RM57 juta akan dimajukan semula di bawah projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12).

“Kementerian juga dalam perancangan untuk memperluas penggunaan ICT ke semua hospital kerajaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun tertakluk kepada peruntukan.

“Pelaksanaan program ini akan dibuat secara berperingkat dimana Hospital Kluang termasuk dalam kumpulan kedua perancangannya,” jelas kenyataan itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top