BM | EN | 中文

“Kerajaan diminta peruntuk RM10 juta tampung operasi terminal bas Larkin”

Akmal-Nasir-Dewan-Rakyat-Johor-Bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JUL: Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir meminta kerajaan meluluskan permohonan sebanyak RM10 juta untuk menampung kos belanja operasi Terminal Bas Larkin Sentral.

Akmal dalam perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin berkata, peruntukan tersebut adalah penting bagi membantu para peniaga dan pentadbiran Larkin Sentral yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Tak banyak, tapi sangat penting untuk menampung kos belanja operasi terminal bas Larkin Sentral.

Advertisement

“Selain menempatkan terminal bas, Larkin sSentral juga menempatkan pasar awam.

“Mereka juga terpaksa menanggung kos operasi sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tempoh hari dan sehingga hari ini keadaan masih belum pulih sepenuhnya,” kata Akmal.

Dalam pada itu beliau mengulangi desakan agar kerajaan membentangkan laporan jawatankuasa khas siasatan kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru di parlimen.

Advertisement

“Laporan jawatankuasa khas mengenai kebakaran HSA yang terbakar dua tiga kali ini perlu dibentangkan ke parlimen supaya menjadi rekod umum,” kata Akmal.

“Saya ingin bertanya kepada pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) mahupun kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan (KPKT) mengenai status persilijan keselamatan ataupun perakuan Bomba terhadap bangunan-bangunan awam.

“Saya dengar banyak sebenarnya yang bermasalah,” tambah Akmal.

Advertisement

Beliau turut menggesa agar kerajaan mengugurkan siasatan terhadap wartawan portal kesihatan, Boo Suu Lyn yang membuat pendedahan eksklusif agar digugurkan serta-merta.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top