BM | EN | 中文

Kerajaan diminta pertimbang cadangan suntikan tunai RM45b untuk pekerja, perniagaan

Muhyiddin-Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan suntikan tunai RM45 bilion untuk pekerja dan perniagaan yang terkesan akibat pelaksanaan `total lockdown’ Fasa Pertama mulai 1 Jun ini.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu merangka satu pakej baharu bantuan kewangan bernilai RM45 bilion.

“Pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion ini dapat bertahan sehingga akhir tahun apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepatutnya selesai, dengan 80 peratus penduduk diberi vaksin untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Guan Eng menjelaskan, suntikan wang tunai berjumlah RM45 bilion ke dalam ekonomi akan memberi manfaat terus kepada pekerja dan perniagaan merangkumi:

– Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, kenaikan pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk penganggur, menelan belanja RM7 bilion untuk baki 7 bulan tahun ini,

– Pelanjutan automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20 peratus Teratas, sehingga PICK selesai pada akhir tahun.

Advertisement

Ini akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia. Kos ini harus ditanggung oleh industri perbankan, yang masih mencatatkan keuntungan selepas cukai hampir RM23 bilion untuk tahun 2020 berbanding RM32.3 bilion pada tahun 2019.

– Insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa dua tahun, merangkumi insentif upah RM500 sebulan kepada pekerja tempatan dan insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan kepada majikan, yang akan mencipta pekerjaan bagi 300,000 pekerja Malaysia yang menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran belia masih setinggi 13.4 peratus pada Mac 2021.

– RM3.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasiti dan kemampuan hospital serta peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelakkan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan awam kita.

Advertisement

– RM28 bilion dalam bentuk geran kewangan; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit; untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana, pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang telah lumpuh.

“Pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion ini diperlukan untuk menggalakkan pendekatan keseluruhan masyarakat bagi mengurangkan kesan ekonomi yang merugikan dari “total lockdown” dan mengelakkan kemelesetan ekonomi semakin teruk,” katanya, lapor Roketkini.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sebelum ini, memutuskan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top