BM | EN | 中文

Kerajaan diminta pertimbang bina laluan motosikal di lebuh raya Pasir Gudang

Pasir-Gudang-lebuh-raya.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 30 NOV: Kerajaan negeri dan pusat diminta untuk mempertimbangkan bagi pembinaan lorong motosikal di lebuh raya Pasir Gudang-Johor Bahru.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah berkata, beliau menerima banyak aduan dari pengguna jalan raya berikutan keadaan lebuhraya tersebut membahayakan nyawa penunggang motor.

“Jumlah penunggang motorsikal naik mendadak setiap tahun. Jadi kami mendesak supaya kerajaan negeri dan persekutuan membina laluan untuk mereka.

Advertisement

Syed Othman Abdullah

“Lebuh raya Pasir Gudang bermasalah dari dahulu hingga sekarang. Seperti tiada penyelesaian. Masalah yang sangat merbahaya kepada pengguna.

“Pelbagai lagi masalah yang berlaku di lebuh raya tersebut, antaranya saluran air tersumbat dan terdapat permukaan jalan tidak rata menyebabkan kerap dinaiki air,” katanya.

Tambah Syed Othman, setiap kali musim hujan, lebuh raya berkenaan pasti akan dinaiki air. Walaupun permukaan jalan raya diturap namun sering kali berlaku kerosakan dan jalan berlubang meskipun selepas dibaik pulih.

Advertisement

“Selain itu tiada lampu atau penanda bercahaya di kawasan persimpangan di sepanjang lebuh raya ini. Ini amat bahaya bagi pemanduan di waktu malam.

“Kami sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 3.6 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya itu tahun ini.

“Justeru saya mendesak kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada aduan yang telah disuarakan oleh pengguna melalui peruntukan yang telah diberikan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top