BM | EN | 中文

Kerajaan diminta beri penekanan isu murid MBK, OKU – MP Simpang Renggam

parlimen_dr__maszlee_malik.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memohon kerajaan meneruskan dasar Penolakan Sifar atau Zero Reject Policy yang membabitkan isu Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan pelajar dari kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, polisi itu diberi penekanan utama ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang diterajuinya.

Dr Maszlee ketika membahaskan Titah Diraja Khamis lalu di Dewan Rakyat berkata, nasib anak-anak MBK di sekolah hari ini kelihatan kurang diberi perhatian oleh KPM.

Advertisement

“Kita yakin dengan pendidkan untuk semua dan pendidikan merupakan hak setiap warga dan kanak-kanak.

“Melalui dasar-dasar tersebut, anak warga Malaysia yang tidak berdokumen akan diterima di sekolah dan akan dibantu untuk mendapatkan dokumen sah dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kita merayu agar usaha bersepadu ini diteruskan dengan usahama KPM, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan paling penting ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Advertisement

“Melalui dasar ini, MBK atau OKU juga diterima masuk ke sekolah tanpa syarat dan segala prasarana untuk menerima mereka ke sekolah akan diusahakan oleh pihak sekolah,” katanya.

Justeru itu Dr Maszlee meminta kepastian apakah dasar inklusif berkaitan murid MBK dan OKU akan diteruskan oleh KPM di waktu ini.

“Ini kerana isu berkaitan MBK seperti tidak mendapat tempat dalam bicara Menteri Pendidikan dan KPM mutakhir ini seakan-akan mereka dipinggirkan sepi,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top