BM | EN | 中文

Kerajaan diminta beri elaun khas kepada petugas kesihatan KKM – Syed Saddiq

syed-saddiq-syed-abdul-rahman.jpeg
Advertisement

MUAR, 30 OKT: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun khas kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Syed Saddq berkata, elaun khas itu merangkumi kakitangan bukan doktor seperti jururawat, pembantu perawatan, juru-X-ray, farmasi, pegawai makmal, pemandu ambulans, inspektor kesihatan dan pembantu kesihatan.

Beliau menjelaskan pendedahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Dr Noor Hisham bahawa petugas KKM berdepan tekanan, kerana terdapat di kalangan mereka yang tidak bercuti, tidak berehat dan perlu pula tinggalkan keluarga demi tugas.

Advertisement

Syed Saddiq juga menggesa kerajaan menambahbaik sistem tuntutan elaun khas kepada mereka.

“Kurangkan birokrasi awam, longgarkan syarat tuntutan, cepatkan proses dari jabatan kewangan kepada semua petugas kesihatan.

“Semua hal-hal birokrasi ini perlu lebih mudah untuk jamin kebajikan petugas kesihatan. Segera selaraskan gaji pegawai perubatan kontrak.
“Mereka juga berkhidmat dengan jumlah bebanan kerja yang sama dengan pegawai perubatan tetap,” kata Syed Saddiq dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Beliau turut menggesa kerajaan menmbahbaik kemudahan yang diperlukan segera seperti bilik isolasi pesakit COVID-19 dan jumlah katil pesakit.

“Mereka adalah barisan hadapan kita. Jaga kesihatan mereka, kurangkan tekanan dan elakkan dari masalah kelesuan mental semua pegawai kesihatan negara.

“Saya juga akan bawa isu ini dalam sesi Dewan Rakyat akan datang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top