BM | EN | 中文

Kerajaan diminta bantu pesawah luar jelapang – NGO Gerak Tani

sawah-johor-Gunung-Ledang.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN: Kerajaan perlu mempertimbang pemberian bantuan khas kepada pesawah yang berdaftar memandangkan penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan pendapatan mereka.

Pengerusi Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor, Datuk Mazlan Aliman berkata mereka yang wajar menerima bantuan ialah pesawah padi jelapang atau luar jelapang yang berdaftar dengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Subsidi Baja Padi dan Racun Padi Bukit (SBPRP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Beliau berkata kerajaan juga digesa mengkaji semula skop Tabung Bencana Tanaman Padi yang hanya memberi pampasan kepada pesawah bagi bendang rosak akibat banjir dan proses taksirannya memakan masa antara empat hingga enam bulan.

Advertisement

“Penularan wabak COVID-19 yang berpanjangan, serangan ulat batang atau serangga perosak dan cuaca ekstrim adalah contoh kerugian yang ditanggung.

“la turut memberi kesan emosi mendalam kepada pesawah sehingga ada yang mengambil keputusan untuk bersara daripada mengusahakan bendang, menukar jenis tanaman dan tidak kurang juga yang bertindak menjual bendang mereka sekali gus memaksa kerajaan meningkatkan import beras,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan juga berkata pemberian bantuan itu boleh dibuat secara sekali beri atau bulanan mengikut kadar yang munasabah dengan mempertimbang pergorbanan golongan pesawah.

Advertisement

“Yang paling utama, bantuan khas akan memberi sedikit kelegaan dan motivasi buat pesawah sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan itu, yang juga merupakan petugas barisan hadapan kepada keselamatan bekalan makanan negara,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top