BM | EN | 中文

Kerajaan dijangka umum mengenai HSR akhir tahun ini – RHB Research

KL-Singapura_HSR_kereta-api-laju.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjelang akhir tahun ini, demikian menurut RHB Research.

Katanya, unjuran itu dibuat berdasarkan sesi libat urusnya dengan sebilangan penggiat industri.

“Berdasarkan semakan kami dengan sebilangan penggiat industri infrastruktur, kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenai projek HSR tidak lama lagi.

Advertisement

“Laporan media memetik sumber sebagai berkata, kerajaan dijangka meneruskan projek itu, namun tanpa Singapura, dan bersedia membayar pampasan sebanyak RM300 juta kepada Singapura,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya hari inIa berkata landasan itu, pada masa ini dicadangkan untuk berakhir di Bukit Chagar, Johor Bahru yang menghubungkan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

“Masih ada dua landasan lagi — laluan terus dan transit dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dan stesen di antara Kuala Lumpur dengan Johor Bahru adalah sama seperti cadangan awal iaitu Bandar Malaysia, Seremban, Ayer Keroh/Jasin, Muar/Pagoh, Batu Pahat.

“Stesen Putrajaya mungkin ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum tiba di Bandar Malaysia.

Advertisement

“Sebelum ini, kita mengharapkan laluan yang lancar dari Bandar Malaysia ke Singapura memandangkan kemudahan perjalanan, serta potensi rangsangan daripada projek ini terhadap hartanah Malaysia,” katanya.

RHB Research berkata jumlah pengembara di antara Kuala Lumpur dengan Singapura akan meningkat dengan ketara dalam jangka panjang berikutan Singapura merupakan hab kewangan antarabangsa yang terkenal.

“Bagaimanapun, sekiranya HSR akan berakhir di Bukit Chagar, Johor Bahru, kami berpendapat kesan limpahan tidak begitu penting, namun, masih kekal positif untuk keseluruhannya, terutamanya bagi stesen yang menghubungkan kedua-dua terminal itu.

Advertisement

“Perniagaan tempatan dan pengembara pada hujung minggu dari Singapura akan menjadi penyumbang utama penumpang sistem pengangkutan awam,” katanya.

Walaupun ia tidak dapat mengesahkannya sehinggalah kerajaan membuat pengumuman, RHB Research berkata saham hartanah terpilih dijangka menyaksikan peluang dagangan pada masa akan datang.

Sekiranya jajaran yang disarankan sebelum ini tidak berubah, penerima manfaat utama adalah Sime Darby Property berikutan simpanan tanahnya yang sangat besar di Labu dan Pagoh, IOI Properties dengan simpanan tanah di Ayer Keroh dan Jasin dan Matrix Concepts dengan simpanan tanah berhampiran KLIA dan Seremban.

Advertisement

“Syarikat yang mempunyai simpanan tanah yang besar di Iskandar dijangka turut meraih manfaat dalam jangka panjang berikutan realisasi RTS ini, yang akan disiapkan lebih awal pada 2025-2026 berbanding HSR,” kata RHB Research.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top