BM | EN | 中文

Kerajaan diingatkan jangan ‘ikut resmi pisau’

Abdul-Hamid-Jamah.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 14 MAC : Kerajaan hari ini diingatkan agar tidak mengikut resmi pisau ketika menguatkuasakan undang-undang di negara ini.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah mengingatkan kerajaan, apa yang berlaku hari ini dilihat seolah-olah undang-undang diperlakukan untuk mementingkan diri mereka sahaja serta menghukum rakyat semata.

“Seperti mata pisau, di bawah tajam, di atasnya tumpul dalam menjalankan undang-undang di negara ini.

Advertisement

“Seperti mana yang kita lihat baru-baru ini rakyat biasa sahaja yang dihukum kerana melanggar SOP tetapi pemimpin di atas hanya didiamkan sahaja.

“Justeru apa yang dibuat kerajaan menimbulkan pelbagai persepsi kerana dibimbangi hanya menghukum rakyat semata namun tidak kepada pemimpin kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mempersoalkan Ordinan Berita Palsu yang diumunkan oleh kerajaan semalam.

Advertisement

Tambahnya, pelbagai pihak telah bersuara dan melahirkan kebimbangan susulan pengenalan Ordinan Berita Palsu.

“Yang akan dihukum kelak dan dikenakan tindakan adalah rakyat biasa seperti selalu. Sekiranya ada kesalahan dilakukan pemimpin kerajaan ia akan terus dipandang sepi.

“Perlu adil dalam menjalankan hukuman. Akhirnya kini negara kita mempunyai kerajaan yang bertindak tidak adil kepada rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top