BM | EN | 中文

Kerajaan diingatkan isu jurang pencen, janji kurnia tanah kepada veteran ATM

Zakaria-Che-Seman-isu-jurang-pencen-janji-kurnia-tanah-kepada-veteran-ATM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dimimta agar dapat menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kebajikan golongan tentera yang sering dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi penaja Persatuan Veteran ATM (PVAT) cawangan Tebrau, Zakaria Che Seman berkata, antara perkara yang dibangkitkannya adalah isu jurang pencen dan janji untuk mengurniakan tanah kepada anggota veteran.

Zakaria yang merupakan bekas Pegawai Waran yang berkhidmat di kem PULADA Johor berkata, jurang pencen di antara mereka yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 90-an berbeza jauh dengan mereka yang menamatkan perkhidmatan kebelakangan ini.

Advertisement

Ujarnya, meskipun terdapat kenaikan pencen dua peratus setiap tahun, namun jumlah itu tidak mencukupi susulan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

“Saya pencen dulu tahun 1993, (dengan pencen) RM600. Pegawai Waran pencen sekarang (dapat) lebih RM3,000,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan oleh Pertubuhan Minda Sejahtera Johor Bahru di Kampung Oren, dekat Ulu Tiram, Jumaat lalu.

Dalam masa yang sama katanya, elaun penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang dijanjikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri yang ketika itu sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Advertisement

“Dia janji, dia kata akan bawa perkara elaun PJM ini dari RM350 ke RM500 sebulan. Ini bukan kata ‘one off”, tapi kekal sebagai yang orang menerima,” kata Zakaria lagi.

Selain itu katanya lagi, isu pengurniaan tanah kepada veteran ATM antara yang turut disentuh beliau.

“Dulu-dulu ada format yang dikeluarkan, setiap ahli veteran yang pergi meninggalkan perkhidmatan setiap kerajaan negeri kurniakan tanah dua ekar. Itu memang ada.

Advertisement

“Kita pernah dengar YB Masyitah, ahli parlimen Kuala Kangsar sebut dalam Dewan (Rakyat). Tapi perkara itu tak terlaksana.

“Kita dah lama tak dengar.. tapi sekarang ni saya bagi pandangan,” ujarnya lagi.

Menurut Zakaria, terdapat kira-kira 16,000 ahli persatuan veteran tentera di Johor, dan sebahagian dari mereka masih memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik dan masalah ekonomi yang masih melanda.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top