BM | EN | 中文

Kerajaan digesa umum peruntukan PPE ke seluruh hospital di Johor

Aminolhuda-Covid-19-Hospital-Batu-Pahat.jpg

Aminolhuda (dua dari kiri) menyampaikan bantuan 'alat perlindungan muka' ke hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Johor pada 13 April

Advertisement

BATU PAHAT, 15 APR: Kerajaan digesa mengumumkan jumlah peruntukan ‘Personal Protection Eqiupment (PPE)’ kepada hospital di seluruh negeri Johor.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan berikutan aduan diterima dari pihak barisan hadapan di hospital yang mendakwa mereka terpaksa menjahit sendiri pakaian PPE tersebut.

“Sekiranya pekara ini tidak benar kami mohon penafian oleh kerajaan,” kata Aminolhuda dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Katanya petugas barisan hadapan di hospital yang berdepan pandemik Covid-19 adalah pihak terpenting dan mereka tidak boleh hilang tumpuan terhadap tugas ini.

“Kerajaan sewajarnya mengambil berat terhadap kebajikan serta keselamatan mereka dengan memastikan segala keperluan dapat dipenuhi secukupnya.

Adun Parit Yaani itu turut menyeru agar kerajaan dapat mempertimbangkan petugas penting lain termasuk polis dan tentera yang seharusnya mempunyai kelengkapan keselamatan PPE bagi berhadapan dengan situasi luar jangka.

Advertisement

Ini kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan pelbagai risiko terhadap diri mereka.

“Kami maklum bahawa kerajaan perlu mengambil langkah cermat berbelanja dalam usaha berrsama menangani isu Covid-19 ini.

“Kami juga menyeru agar pihak pembekal ‘tidak menangguk di air keruh’ dengan menaikkan harga kelengkapan PPE dalam membekalkan peralatan ini kepada kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top