BM | EN | 中文

Kerajaan digesa selesai isu pembinaan Rumah Mesra Rakyat yang tertangguh

khairuddin-a-rahim-rumah-mesra-rakyat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 23 MAC: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim menggesa kerajaan menyelesaikan isu Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Khairuddin berkata, meskipun pembinaan rumah seperti RMR tidak mendatangkan keuntunhgan yang banyak, namun rakyat ternanti-nanti penyiapannya

“Nilai rumah RM75,000. Dengan RM20,000 subsidi dari kerajaan manakala RM 55,000 dari pinjaman bank yang diurus oleh SPNB.

Advertisement

“Terdapat rumah sejak 2018 tidak lagi di bina walaupun peserta telah mencagarkan tapak rumah kepada bank.

“Di daerah Batu Pahat sahaja dikhabarkan hampir 10 biji rumah tidak dapat dimulakan pembinaan disebabkan tiada kontraktor yang sudi melaksanakan projek tersebut sebab harganya sangat rendah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, faktor kenaikan harga barang adalah punca kontraktor tidak mahu meneruskan pembinaan RMR.

Advertisement

“Dengan kenaikan kos bahan binaan, pihak kontraktor enggan untuk menerima projek sebab mereka akan mengalami kerugian dan ia dianggap membuang masa kerana ‘margin’ untung yang rendah.

“Ditambah lagi wang tahanan apabila rumah tersebut siap boleh menyebabkan kerugian kepada kontraktor.

“Saya mencadangkan agar harga RMR dikaji semula sesuai dengan keadaan semasa. Ini boleh menarik minat pemain industri binaan untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top