BM | EN | 中文

Kerajaan digesa buat kajian kesan projek tambakan laut sekitar Johor Bahru

Yee-How-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Kerajaan digesa membuat kajian kesan perubahan ekosistem terutamanya akibat projek penambakan laut yang berlaku.

Adun Perling, Cheo Yee How berkata, kesan penambakan laut yang tidak terurus boleh mengakibat pelbagai bencana seperti banjir di sekitar kawasan terlibat.

“Saya mendapat pelbagai aduan terutamanya (melibatkan) pembangunan di kawasan Johor Bahru yang pesat dengan projek penambakan sehingga ia mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan asal penempatan.

Advertisement

“Faktor ekosistem laut yang ditambak jelas menunjukkan kesan tidak baik di mana ia akan melimpah di cabang-cabang (sungai) tersebut.

“Sekiranya kerajaan berhasrat membangunkan sesuatu tempat yang memerlukan kaedah penambakan, perkara itu (kajian) perlu difikirkan untuk dilakukan bagi kesejahteraan semua,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan terdapat kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak terjejas dengan banjir mula dinaiki air.

Advertisement

Tambahnya, sistem dan infrastruktur yang ketinggalan di kawasan sekitar pembangunan di Johor Bahru juga faktor utama banjir berlaku.

“Infrastruktur lama sebagai parit yang tidak boleh menampung limpahan air akibat kesan tambakan tersebut.

“Perkara tersebut dilihat sepi pemaju yang melakukan projek. Tanggungjawab ini adalah di bahu kerajaan hari ini.

Advertisement

“Kerajaan juga boleh mengenakan syarat penambahbaikan sistem saliran (kepada) mana-mana pemaju yang melakukan kerja sehingga menjejaskan kawasan sekeliling sebagai denda ganti atau rugi dialami akibat projek pembangunan tersebut,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top