BM | EN | 中文

Kerajaan didesak selamatkan bangunan sekolah berusia 120 tahun

convent-bukit-nanas-KL.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 APR: Pakar perancangan bandar mendesak Putrajaya campur tangan dalam isu melibatkan Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur menjelang perbicaraan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan pajakan tanahnya selepas tarikh luput 6 September tahun ini.

Derek Fernandez turut mencadangkan agar sekolah yang ditubuhkan pada 1899 itu disenaraikan sebagai tapak warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Dari perspektif perancangan bandar, sekolah ini dikategorikan di bawah Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 sebagai kemudahan awam dan zon warisan,” katanya, lapor Malaysia Now.

Advertisement

Di samping katanya, sekolah itu juga telah menyumbang dalam pendidikan puluhan ribu wanita di negara ini.

Fernandez berkata, usaha melindungi sekolah-sekolah bandar dan kemudahan awam sangat penting bagi menjelaskan nisbah plot pembangunan yang diberikan di bandar, bagi meningkatkan pembangunan komuniti kediaman yang kukuh di pusat bandar.

Beliau turut berkata mengatakan bahawa perkara tersebut adalah penting bagi menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi bandar selain memastikan pembangunan yang lestari.

Advertisement

“Malangnya, banyak sekolah di bandar sering menjadi sasaran ‘burung pemangsa’ yang memandang lokasi tersebut sebagai sumber tanah yang murah bagi projek pembangunan berskala tinggi menyebabkan kebanyakan plot tanah dimajukan tanpa infrastruktur penyokong yang baik bagi pendidikan di kawasan sekitarnya,” katanya.

Dalam satu kenyataan, beliau turut mendesak kerajaan segera campur tangan dan meneruskan pajakan tanah Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas yang dikenali sebagai salah satu sekolah tertua di Malaysia.

“Sekarang sudah popular semua pihak dalam politik untuk ‘perjuangkan’ hak wanita dalam masyarakat kerana ia boleh menarik perhatian pengundi.

Advertisement

“Namun, masih tak nampak berapa ramai pemimpin yang benar-benar ada ketika mereka diperlukan bagi melindungi Convent Bukit Nanas dan mendapatkan lanjutan pajakan bagi institusi yang telah melindungi dan meningkatkan tahap wanita dalam mendapatkan hak asasi mereka menerima pendidikan selama lebih dari 120 tahun.”

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top