BM | EN | 中文

Kerajaan dicadang kurangkan faedah pinjaman sektor pelancongan

Lim-Guan-Eng-2.jpg

Gambar Ehsan The Edge Market

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Kerajaan dicadang agar mengurangkan kadar faedah pinjaman bank kepada sektor pelancongan dan perhotelan yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, terdapat keperluan mendesak bagi membolehkan industri pelancongan dapat kekal mampan dan bertahan.

“Walaupun prestasi industri pelancongan yang buruk sepanjang tahun 2020, industri ini masih menghasilkan nilai tambah kasar industri pelancongan (GVATI) bernilai RM199.4 bilion dengan menyumbang 14.1 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Advertisement

“Industri pelancongan yang mampan sangat penting untuk menormalkan kembali ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan, terimaan pelancongan Malaysia merosot 71.2 peratus kepada RM52.4 bilion pada 2020 berbanding RM182.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, 2020 merupakan tahun kedua terimaan pelancongan domestik mengatasi terimaan pelancong luar masuk ke dalam negara dengan sumbangan sebanyak 73.8 peratus atau RM38.6 bilion.

Advertisement

Terdahulu, mantan Menteri Kewangan itu dilaporkan Roketkini berkata, sebagai permulaan, sementara kerajaan mungkin tidak cenderung mengecualikan faedah selama tiga bulan, alternatifnya adalah dengan menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya 2 peratus.

Beliau berkata, ini terutama untuk pinjaman bank dengan kadar faedah tetap atau sekali ganda kadar faedah semasa.

“Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan mereka dan membolehkan mereka bertahan, sehingga pembukaan semula ekonomi sepenuhnya daripada penutupan penuh atau sebahagian ekonomi yang tidak berkesudahan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top