KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB BANTU RAKYAT WALAU DALAM TEMPOH PRK
Muhyiddin (kanan) ketika sidang media

KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB BANTU RAKYAT WALAU DALAM TEMPOH PRK

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 7 NOV: Bantuan khas daripada kerajaan ketika tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak menjadi kesalahan kerana sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat yang memerlukan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh itu, perkara tersebut tidak seharusnya menjadi pertikaian.

“Bantuan khas kepada nelayan tempatan tidak menjadi masalah, kerajaan memang bertanggungjawab membantu rakyat, sama ada yang miskin atau sakit.

“Apakah kerana adanya PRK kerajaan perlu menghentikan sebarang pemberian bantuan. Ini bukan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Rambah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut mempersoal tindakan calon Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan tawaran umrah kepada segelintir pengundi sekiranya mereka memang PRK ini.

“Calon MCA kata kalau menang mahu hantar (warga emas) pergi umrah, bukankah itu ada elemen rasuah,” soalnya.

JohorKini

 

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )