BM | EN | 中文

Kerajaan berkolaborasi dengan syarikat telekomunikasi untuk Johor Bestari

yb-Zul-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 JAN: Kerajaan negeri akan menjalin kolaborasi dengan syarikat telco bagi memenuhi pelan Johor Bestari yang akan dilaksanakan pihaknya.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, fokus pihaknya adalah kepada sektor-sektor tertentu untuk dibestarikan.

Katanya, kerajaan akan mengangkat agenda Digital termasuk Digital Ekonomi, Digital Kerajaan dan Johor Bestari sebagai agenda utama kerajaan negeri.

Advertisement

Katanya lagi, antara langkahnya dengan meletakkan Digital Johor yang merupakan peneraju utama agenda digital di negeri ini di bawah pejabat Menteri Besar Johor.

“Antara sektor yang akan difokuskan adalah pentadbiran kerajaan, alam sekitar, infra digital, ekonomi, sosial, pengangkutan awam, pengurusan bencana, utiliti jana kuasa, pertanian, pendidikan dan pengurusan sumber manusia.

“Tujuan Digital Johor ini diletakan di bawah pejabat Menteri Besar untuk memberi signal kepada rakyat dan industri bahawa kerajaan negeri serius dan fokus dalam mengarus perdanakan industri digital khususnya Digital Ekonomi, Digital Kerajaan dan pelan Johor Bestari.

Advertisement

“Kita akan mengkaji semula peranan Digital Johor supaya selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan sektor digital ekonomi sebagai salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Johor,” ujarnya.

Berdasarkan kajian menjelang 2023, ekonomi digital akan menyumbang 25 peratus daripada keuntungan dalam negara kasar KDNK negara.

Tambah beliau, dalam masa yang sama kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Digital, Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan agenda Digital Ekonomi dan pelan Johor Bestari dapat dilaksanakan secara baik dan efektif.

Advertisement

Dzulkefly yang juga ADUN Kota Iskandar turut memberitahu, Digital Johor secara langsung akan berkolaborasi dengan syarikat telekomunikasi untuk memenuhi dan mencapai pelan Johor Bestari.

“Ini bermakna kepakaran syarikat telekomunikasi di negeri ini akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan saling melengkapi, bukan sebagai pesaing.

“Hal ini kerana revolusi industri 4.0 tidak hanya dipacu oleh kerajaan tetapi juga oleh pihak swasta,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top