BM | EN | 中文

Kerajaan beri tempoh sehingga Jun kepada peserta program Taman Kekal Pengeluaran Makanan untuk laksana projek

tosrin-7.jpg

Syarikat Osman Goat Farm menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan sambil disaksikan Exco Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Jun ini kepada peserta program Taman Kekal Pengeluaran Makanan untuk memastikan mereka aktif menjalankan kegiatan pertanian dan veterinar seperti yang dipersetujui.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, sekiranya peserta program gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan mengambil semula tanah berkenaan.

Katanya, langkah tersebut terpaksa diambil kerana terdapat peserta yang tidak mengusahakan tanah tersebut sehingga kini.

Advertisement

“Sebagai langkah untuk memastikan bekalan pertanian dan ternakan, mereka yang diberikan tanah menerusi program ini tetapi tidak menjalankan apa-apa projek diberi masa selama tiga bulan, iaitu sehingga Jun ini.

“Jika masih gagal bangunkan tanah tersebut, kita akan ambil semula,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas merasmikan Program Sayangi Rakan Penternak anjuran Osman Goat Farm, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Osman Goat Sapian, Osman Cheya Kutty; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Dr Aida Muhid dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Jabatan Pertanian Johor, Mohd Suffian Aizudin Mohd Saleh.

Advertisement

Pelaksanaan program Taman Kekal Pengeluaran Makanan melibatkan Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian itu membabitkan tanah keseluruhan berkeluasan 3,437 hektar, dengan seramai kira-kira 287 peserta.

Menurut Tosrin lagi, sehingga kini seramai kira-kira 12 peserta telah dikenalpasti tidak menjalankan sebarang projek penternakan dan pertanian di tanah yang telah diberi.

Sementara itu, Tosrin turut memberitahu penularan jangkitan Covid-19 (koronavirus) turut beri kesan kepada hasil import khususnya dari China.

Advertisement

“Memang ada kesan, hasil import seperti sayur dan bahan ternakan daripada China memang akan ditapis, ini arahan daripada kementerian,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top