BM | EN | 中文

Kerajaan benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM500 untuk 12 bulan

Tengku-Zafrul-Belanjawan-2021-KWSP.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 ringgit untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini berkata, pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga 12 ribu ringgit.

Advertisement

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion.

“Ahli yang layak boleh memohon mulal Januari 2021,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top