BM | EN | 中文

KERAJAAN BAYAR LEBIH RM9 JUTA BERI AIR PERCUMA 

jimmy-e1569741504615.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OKT : Kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan lebih RM9 juta untuk bayaran bagi Skim Pemberian Air Percuma bagi tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, jumlah perbelanjaan dikeluarkan bagi bulan September hingga Disember lepas adalah sebanyak RM5,281,940.

Katanya, manakala, bagi tempoh Januari hingga September lepas adalah sebanyak RM11,867,539 telah dibelanjakan.

Advertisement

“Bayaran bagi tahun 2019 oleh Kerajaan negeri Johor adalah sehingga inbois bulan Julai 2019.

“Ini bermakna jumlah perbelanjaan tahun 2019 yang telah dibayar adalah sebanyak RM9,251,435,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, jumlah terkini penerima skim pemberian air percuma seluruh Johor bagi 2018 adalah seramai 167,782 penerima sementara tahun ini adalah seramai 162, 304 penerima.

Advertisement

Katanya, jumlah berkenaan termasuklah penerima di kawasan Tanjung Piai, Dun Pekan Nanas dan Dun Kukup di mana anggaran 3,137 penerima telah menikmati manfaat daripada jumlah keseluruhan 9,925.

“Matlamat utama skim pemberian air percuma berkenaan adalah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan sasaran iaitu B40.

“Dalam masa sama memupuk budaya membayar bil air dan memberi kesedaran kepentingan bekalan air dalam kehidupan harian sebagai sumber asli yang perlu digunakan secara berhemah,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top