BM | EN | 中文

KERAJAAN BANTU ATASI MASALAH BANJIR DI KAMPUNG PULAI DAN KAMPUNG ULU PULAI 

dzulkefly-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 DIS: Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi meluruskan sebahagian Sungai Pulai untuk mengurangkan risiko banjir di Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, projek tersebut akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Beliau yang juga merupakan Adun Kota Iskandar memberitahu, kedua-dua kampung yang bersebelahan itu dihuni seramai lebih 400 keluarga.

Advertisement

“Kontraktor untuk melaksanakan projek tersebut telah dilantik bagi memastikan projek kurangkan banjir jangka masa pendek ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

“Projek ini membabitkan usaha untuk meluruskan sungai sepanjang jarak kira-kira 500 meter bagi mempercepatkan pengeluaran air sungai ke Selat Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah yang diadakan di Pusat Tarbiah Majlis Agama Islam Negeri Johor di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif, Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Transformasi Iskandar Investment Berhad (IIB), Azman Mohd Hussein, Tok Batin Kampung Simpang Arang, Noree Kasi.

Tambah Dzulkefly lagi, selain kawasan berkenaan merupakan antara lokasi kerap banjir, ia juga merupakan laluan yang menghubungkan Pekan Nanas dan Gelang Patah.

“Disebabkan itu, projek ini perlu dibuat segera bagi memastikan masalah banjir tidak berlaku dan mengelakkan pengguna laluan itu terperangkap,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top