BM | EN | 中文

KERAJAAN BAKAL BANGUNKAN KORIDOR EKONOMI BAHARU TAHUN DEPAN

IMG-20191110-WA0026.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 10 NOV : Kerajaan akan mewujudkan Koridor Ekonomi baharu yang akan menghubungkan Bandar Malaysia sehingga ke negeri ini bermula tahun depan.

Advertisement

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, projek berkenaan merupakan projek jangka masa panjang yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Katanya, pelaksanaan Koridor Ekonomi baharu itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi.

“Kita akan wujudkan nukleus-nukleus baharu untuk membangunkan bandar-bandar kecil dari Bandar Malaysia sehingga ke Johor.

Advertisement

“Ini kerana kita tidak mahu pembangunan hanya tertumpu di Lembah Klang atau di bandar sahaja, tetapi daerah kecil juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Sembang Santai Mesra Harapan di Kampung Bakar Arang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Advertisement

Mohamed Azmin turut memberitahu, projek berkenaan akan memberi manfaat kepada penduduk sama ada menerusi pembangunan infrastruktur atau sebaliknya.

“Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan masyarakat setempat sekaligus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top