BM | EN | 中文

Kerajaan baharu atasi kemelut negara – Hassan Karim

Hassan-Karim-MP-Pasir-Gudang.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 16 JUN: Kerajaan baharu yang dicadang bagi menggantikan Perikatan Nasional (PN) haruslah menjaga kepentingan rakyat dengan mencari jalan keluar bagi mengatasi kemelut melanda negara ketika ini.

Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan tersebut perlu meneliti beberapa perkara seperti krisis ekonomi, pendidikan, ketiadaan pekerjaan dan kenaikan harga barang sebagai fokus utama.

Katanya, kerajaan baharu itu diperlukan kerana kerajaan sedia ada dilihat gagal dalam mentadbir negara.

Advertisement

“Kerajaan baharu juga perlu mendapat keyakinan dan sokongan meluas rakyat selain perlu telus dan menjadi ‘payung yang besar’ menggabungkan parti politik yang baik.

“Kerajaan baharu itu juga perlu berfungsi sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Kempen Daftar Vaksin di Pasar Awam Johor Jaya, di sini hari ini.

Advertisement

Hassan berkata, partinya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dalam membentuk kerajaan baharu asalkan kerjasama itu mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

Beliau pada masa sama tidak bersetuju dengan penubuhan Majlis Gerakan Rakyat (Mageran) kerana bimbang akan menjadi kerajaan diktator dengan pemerintahan bercorak autokratik.

Menurut beliau, sebaliknya kerajaan awam (sivil) adalah pilihan terbaik buat rakyat dan negara ketika ini.

Advertisement

“Saya setuju dengan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan hari ini gagal tetapi tidak bersetuju cadangannya menubuhkan Mageran. Antara bukti kerajaan dilihat gagal adalah kerana proses vaksinasi kepada rakyat yang perlahan,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top