BM | EN | 中文

Kerajaan ambil langkah berhati-hati melibatkan pembukaan sempadan antarabangsa

ADHAM-BABA.jpg
Advertisement

PONTIAN, 11 JULAI: Pembukaan sempadan antarabangsa merupakan perkara terakhir yang akan dilaksanakan kerajaan dalam memastikan trend jangkitan Covid-19 dari luar negara berkurangan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, hal itu penting kerana kebanyakan kes baharu yang direkod merupakan kes dari luar negara.

“Dalam usaha mengekang penularan Covid-19, antara yang sangat kita berhati-hati adalah kawalan terhadap pintu sempadan kerana sempadan kita bukan hanya di Kuala Lumpur sahaja, tetapi juga di Johor, sempadan bersama Thailand, sempadan di Sabah dan Sarawak serta sempadan perairan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas selepas menghadiri Sesi Townhall di Kukup, di sini hari ini.

Sementara itu, Adham turut memberitahu, situasi melibatkan kes Japanese Encephalitis (JE) di negara ini berada dalam keadaan terkawal.

“Ketika ini kita masih menunggu keputusan ujian melibatkan dua kes di Pulau Pinang, dimana satu ujian yang telah dilaksanakan menunjukkan keputusan negatif.

Advertisement

“Sementara itu, ujian dibuat melibatkan kes JE yang dilaporkan sebelum ini di Johor juga menunjukkan keputusan negatif,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top