BM | EN | 中文

Kerajaan akan terus kempen basmi rasuah

IMG-20200124-WA0054.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Usaha berterusan pihak kerajaan dengan kerjasama pelbagai agensi akan diteruskan dalam usaha untuk membanteras rasuah di semua peringkat.

Menteri Komuninasi dan Multimedia (KKMM), Gobind Singh Deo berkata, inisiatif dimulakan kerajaan semenjak memegang pentadbiran membuahkan hasil apabila Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018 menunjukkan kedudukan Malaysia semakin meningkat.

“Ini adalah satu kejayaan untuk kita, dimana kita lihat apa yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam membentaras rasuah secara habis-habisan.

Advertisement

“Kita hendak wujudkan satu sistem dimana kerajaan yang berintegriti menunjukkan keberhasilan dan semua tahu kerajaan menitikberatkan perkara ini sejak awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Zon Selatan bersama ketua agensi di bawah KKMM di Jabatan Penerangan Johor, semalam.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong itu turut memberitahu, kempen membasmi rasuah akan diteruskan sepanjang tahun ini melalui aspek penerangan.

Advertisement

“Kalau kerajaan beri perhatian khusus kepada perkara ini, kita akan dapat lihat hasil daripada agenda tersebut,” katanya lagi.

Semalam, Transparency International (TI) dalam satu kenyataan mengumumkan kedudukan terbaharu Malaysia di tangga ke-61 CPI dalam kalangan 180 buah negara.

Tahun lalu Malaysia diletakkan pada kedudukan tempat ke-62 dan kedudukan itu ditentukan oleh prestasi keseluruhan ditunjukkan sesebuah negara.

Advertisement

Daripada 180 negara, Denmark berada di tempat pertama dengan 88 mata, diikuti New Zealand (87), Finland (85), Sweden (85) dan Norway (84).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top