BM | EN | 中文

Kerajaan ada data B40, edaran bantuan sepatutnya tersusun

liow-cai-tung-edar-barangan-covid-19.jpg

ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung (tengah) mengedarkan barangan kepada golongan yang memerlukan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 MAC: Kerajaan mempunyai data lengkap kumpulan B40 untuk menyediakan bantuan yang mencukupi dan melalui mekanisme yang betul, kata ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung.

Bekas Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor itu berkata, kerajaan sepatutnya mempunyai kaedah yang betul sebelum mengumumkan penghentian edaran barangan keperluan oleh NGO kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19.

“Dengan pengumumkan kerajaan ini, saya difahamkan NGO tersebut terpaksa berhenti menghantar makanan kepada golongan gelandangan kerana tidak ingin melanggar arahan kerajaan.

Advertisement

“Arahan baru kerajaan itu sendiri dapati kurang jelas mengenai mekanisme dan gerak kerja. Sebenarnya kami mempunyai senarai nama orang ramai yang masih sedang menunggu bantuan daripada kami.

“Adakah kami hanya tolak semua tanggunjawab kepada JKM dengan memberitahu orang yang sedang menunggu bantuan ini untuk pergi ke pejabat JKM sahaja?

“Ataupun kami masih boleh mengedarkan bantuan sedia ada dan JKM akan mengambil alih pengedaran seterusnya?
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Kata Cai Tung Pusat Komuniti DUN Johor Jaya yang dikendalikannya dengan kerjasama beberapa pihak lain berjaya mengedarkan 500 bungkusan barang keperluan kepada keluarga kurang berkemampuan, warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kurang upaya (OKU).

“Difahamkan ramai dari kalangan masyarakat tidak bergaji sepanjang tempoh PKP berdasarkan gaji dibayar secara harian.

“Oleh itu, mereka hanya bergantung kepada bantuan sumbangan daripada ahli parlimen, ADUN dan NGO seperti ini untuk memudahkan keluarga mendapatkan makanan dan keperluan harian,” tambahnya.

Advertisement

Justeru itu, beliau menyeru agar kerajaan dapat meneliti arahan ini dan bekerjasama dengan NGO dalam menyelaraskan sumber-sumber yang sedia ada bagi menjaga kebajikan sosial golongan sasar dengan cara yang lebih cekap.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top