BM | EN | 中文

Keputusan Muhyiddin letak jawatan tepat – MIC

MIC-BN-vigneswaran.png
Advertisement

PETALING JAYA, 15 OGOS: MIC akan menghormati keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan kerana parti itu merasakan ia adalah tindakan wajar dilakukan sekiranya seseorang yang memegang kedudukan telah hilang majoriti.

Presiden MIC SA Vigneswaran berkata, terdapat cara untuk membuktikan majoriti perdana menteri itu di Parlimen.

“Memandangkan beliau telah menyatakan telah hilang majoriti menerusi siaran televisyen dan ditolak oleh semua parti berkaitan, ini menggantikan kaedah tradisional yang dilakukan dengan undi percaya,” kata Presiden MIC SA Vigneswaran, lapor portal FMT.

Advertisement

Katanya, dia bertemu dan berbincang dengan perdana menteri semalam mengenai hala tuju masa depan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan.

“Beliau memberitahu kami semua bahawa telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dalam keadaan yang berlaku ini.

“Oleh kerana beliau mengakui telah kehilangan majoriti, ia adalah perkara terhormat untuk dilakukan mengikut Perlembagaan,”

Advertisement

Vigneswaran berkata kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa selepas ini yang akan memimpin negara.

Katanya, bagi MIC, mereka sentiasa bersama Barisan Nasional (BN) dan tidak pernah bertukar arah.

“Kami akan terus berada dalam pakatan ini.

Advertisement

“Akhirnya, kita berpandukan kepada apa yang penting untuk negara dan komuniti. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku esok,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top