BM | EN | 中文

Keputusan mengejut buka IPT sukarkan pelajar, pensyarah dan keluarga

syed-saddiq-syed-abdul-rahman.jpeg
Advertisement

MUAR, 2 JUL: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan kerisauan dengan keputusan mesyuarat khas kabinet semalam untuk membuka semula semua institusi pengajian tinggi (IPT) kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

Syed Saddiq berkata, keputusan ini bercanggah dengan kenyataan pihak KPT pada 27 Mei 2020 yang memaklumkan pengajian di universiti awam akan diadakan melalui atas talian sehingga 31 Disember 2020.

Katanya, tempoh itu terlalu singkat untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menukar keputusan asal.

Advertisement

“Saya juga telah menerima banyak aduan dan keluhan dari keluarga pelajar bahawa keputusan ini akan menyukarkan mereka.

“Bukan sahaja para pelajar telah mengosongkan asrama, tetapi ramai juga yang telah menamatkan kontrak rumah sewa, dan ada yang menanggung tiket pergi pulang yang mahal dan membebankan, terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

“Beban kewangan pasti lebih sukar dalam tempoh waktu sebegini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Advertisement

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa IPT akan dibuka semula tidak lama lagi dan menteri pengajian tinggi akan mengumumkan tarikh itu.

Syed Saddiq menambah, pengumuman untuk pulang semula ke universiti juga dibuat kurang lebih sebulan sahaja dengan keputusan untuk para pelajar mengosongkan asrama.

“Kini pelajar perlu mencari rumah sewa baru pula, dalam tempoh terdekat.

Advertisement

“Saya percaya setiap satu keputusan harus dibuat dengan pertimbangan wajar terhadap pihak pelajar, pensyarah dan pentadbiran universiti.

“Benar, universiti harus dibuka semula, namun, keputusan tergesa-gesa dalam tempoh yang singkat akan menyukarkan semua pihak yang terlibat.

“Semoga pihak KPT dapat memberi makluman yang lebih jelas untuk meredakan persoalan-persoalan berbangkit dalam soal ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkni

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top