BM | EN | 中文

Keputusan kes Najib: Umno perlu ‘move on’ – Adun Paloh

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali

Advertisement

KLUANG, 29 JUL: Keputusan sabitan bersalah oleh mahkamah keatas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Razak perlu dijadikan sebab kepada parti Umno untuk menginsafi dan muhasabah diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, hakikatnya Najib Razak telah mencalarkan imej negara di mata dunia dan ia tidak dapat disangkal lagi.

Justeru itu beliau berharap agar Umno khususnya di Johor dan seluruh akar umbinya di negeri ini dapat terus ‘move on’ dan menerima keputusa itu dengan terbuka.

Advertisement

“Selaku seorang Adun berusia 30-an, saya sentiasa kekal dengan pandangan bahawa politik negeri dan negara kehadapan ini harus dipacu oleh generasi baharu.

“Pandangan ini saya lunaskan umumnya kepada semua parti yang ada di negara kita termasuklah Umno. Beban sejarah yang terlalu sarat untuk dipikul harus kita tinggalkan,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan.

Semalam bekas perdana menteri, Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 72 tahun bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Advertisement

Bagi kes salah guna kuasa, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bagi kes pecah amanah, hakim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi tiga kesalahan, manakala kesalahan pengubahan wang haram pula, anggota parlimen Pekan itu dihukum penjara 10 tahun bagi tiga kesalahan.

Hukuman penjara akan berjalan serentak, menjadikan tempoh hukuman penjara sebenar adalah 12 tahun dan sekiranya gagal membayar denda RM210 juta itu, maka beliau akan dipenjara lima tahun lagi.

Advertisement

Dalam pada itu Sheikh Umar berkata, sekarang adalah masanya kepada generasi muda dan pelapis kepimpinan mengambilalih teraju politik demi masa depan negara.

“Bagi saya, ini adalah saat yang tepat bukan sahaja untuk UMNO pusat semata-mata ‘rejuvenate’.

“Bahkan bagi Umno Johor juga (perlu) mengemukakan penggerak pelapis untuk bergerak kehadapan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top