BM | EN | 中文

Keputusan kerajaan tutup sektor ekonomi tertentu dilihat pincang

Mahadzir-Mat-Zili.jpg

Mahadzir Mat Zili

Advertisement

BATU PAHAT, 3 FEB: Terdapat kepincangan dalam kelulusan oleh kerajaan bagi pembukaan sektor ekonomi tertentu seperti gym, kedai gunting rambut dan perusahaan lain yang dilihat tidak menjadi punca penyebaran wabak Covid-19.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah Johor, Mahadir Mat Zili berkata, keputusan kerajaan menutup sektor ekonomi yang dilihat bukan penyumbang kepada peningkatan angka Covid-19 dilihat suatu tindakan yang pelik.

“Kedai-kedai yang tidak berisiko dalam rekod kes sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi.

Advertisement

“Peliknya, sektor atau perusahaan lain seperti kilang dan sebagainya dibenarkan beroperasi sedangkan dalam rekod kes sebelum ini, perusahaan itulah penyumbang angka yang tinggi dalam kes Covid.

“Kita bukan suruh semua tutup tetapi tindakan tersebut menjadi pertikai ramai pihak. Semalam pengusaha kedai gunting pun sudah mula bersuara, bagaimana dengan gym dan sebagainya?

“Rata-rata rakyat sudah mulai mengeluh dengan hal ini, tengoklah macam mana kerajaan mengendalikan perkara ini,” ujarnya kepada media.

Advertisement

Beliau turut menempelak tindakan kerajaan yang tidak membenarkan nelayan untuk turun ke laut bagi mendapatkan hasil pencarian mereka.

“Selain itu ada juga di antara seperti yang berbangkit baru-baru ini apabila golongan nelayan tidak dibenarkan ke laut.

“Ada juga peniaga kecil yang mengeluh dengan SOP yang ditetapkan kerajaan dan dianggap sebagai caca-marba dan tidak berstruktur.

Advertisement

“Saya mengharapkan kerajaan pertimbangkan masalah ini agar semuanya dapat berjalan dengan baik demi membantu meringankan beban semua pihak di negara ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top