BM | EN | 中文

Keputusan kerajaan tak lanjut moratorium kecewakan rakyat

bank-negara-malaysia-BNM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan moratorium pembayaran pinjaman bank selepas 30 September mengecewakan rakyat.

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah berkata ia ibarat suatu tamparan yang amat dasyat kepada rakyat kerana ekonomi negara masih dalam keadaan yang lemah.

“Saya khuatir dengan penamatan moratorium ini, rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 akan menghadapi masalah yang besar untuk menampung kos harian keluarga.

Advertisement

“Di samping itu juga, di Malaysia terdapat hampir 907,000 entiti Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Saya berpendapat kebanyakan IKS juga akan menghadapi tekanan kewangan untuk membayar balik pinjaman bank dalam keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.

“Sebarang kegagalan pembayaran balik pinjaman akan memberi kesan kepada rantaian perniagaan yang mungkin memaksa syarikat ditutup dan akhirnya terpaksa membuang pekerja,” kata Jimmy dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Di parlimen hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan dan bank sedang mengkaji lebih banyak bantuan bersasar kepada peminjam selepas moratorium pinjaman berakhir 30 September nanti, termasuklah pilihan pembiayaan semula.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Katanya, ia memandangkan sebahagian peminjam swasta dan perniagaan kini telah dapat membayar semula pinjaman mereka selepas menjana pendapatan apabila ekonomi dibuka semula pada Mei.

Tengku Zafrul menambah perbincangan masih dilakukan dengan bank tentang bantuan secara lebih tersasar dan satu contohnya adalah memanjangkan tempoh bayaran, mengubah terma dan syarat, mengurangkan kadar faedah dan memberi pelepasan lain.

Advertisement

Dalam pada itu Jimmy merujuk laporan Bloomberg yang mengatakan bahawa Ringgit Malaysia merupakan salah satu matawang yang mempunyai prestasi paling buruk di rantau Asia.

“Tambahan, minggu lepas kerajaan sendiri mengakui bahawa kadar pengangguran negara telah naik dari 5 peratus pada bulan April kepada 5.3% pada bulan Mei.

“Angka ini dijangka akan terus naik dan kemungkinan situasi yang lebih parah pada bulan-bulan mendatang, terutamanya di negeri Johor dimana warga Singapura masih tidak dapat masuk ke Johor untuk berbelanja.

Advertisement

“Dalam masa yang sama, ramai anak Johor hilang pekerjaan di Singapura berikutan penyusutan ekonomi di negara tersebut.

“Saya harap demi kebajikan rakyat, kerajaan boleh membatalkan keputusan Menteri Kewangan ini dan seterusnya melanjutkan tempoh moratorium ini untuk enam bulan lagi.

“Sepatutnya bukan sahaja moratorium patut dilanjutkan malah kerajaan seharusnya meningkatkan usaha dan tunjukkan komitmen yang lebih bagi memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top