BM | EN | 中文

Keputusan Johor laksana PKPB bukan secara semberono

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MEI: Keputusan kerajaan negeri Johor melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat bukan secara semberono.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata pelaksanaan PKPB di Johor akan dibuat secara bersepadu dengan pelbagai pihak.

“Walaupun pelbagai reaksi yang diterima, kerajaan negeri yakin keputusan itu bukan dibuat secara semberono, tetapi telah mengambil kira pelbagai sudut dan pandangan daripada semua agensi dan kementerian yang terlibat dalam pengurusan Covid-19 ini.

Advertisement

“Dalam pelaksanaan PKPB, beberapa syarikat dan premis perniagaan yang ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu akan beroperasi semula dengan beberapa syarat dan peraturan khusus,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Enam negeri sebelum ini dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi bermula 4 Mei dan akan meneruskan PKP.

Negeri-negeri berkenaan ialah Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Advertisement

Pulau Pinang akan meneruskan aktiviti perniagaan pada 8 Mei tetapi mengekalkan sekatan PKP lain, seperti menyekat sebarang aktiviti rekreasi sehingga 12 Mei.

Pahang, Kelantan dan Kedah akan membincangkan sama ada akan membuka semula sektor ekonomi minggu hadapan.

Manakala kerajaan negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan membenarkan perniagaan dibuka hari ini, namun ketiga-tiga negeri itu tidak akan membenarkan pelanggan makan di restoran.

Advertisement

Dalam pada itu Vidyananthan berkata pelaksanaan PKPB di Johor akan melibatkan kerjasama PBT, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua jabatan atau agensi keselamatan.

“Pihak PBT akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut kesesuaian PBT masingmasing mengenai PKPB dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top